PPD SIK TUNGGU KELULUSAN DARIPADA SPA


11ppd
BALING 11 Mac - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik yang baharu beroperasi 1 Januari lepas kini dalam proses menunggu kelulusan pengambilan pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PPD itu yang sebelum ini beroperasi di PPD Baling kini menjalankan urusan pentadbirannya di Sekolah Kebangsaan Batu 8, Sik.
"Setakat ini sudah ada tiga pegawai yang bertugas dan kini kita sedang menunggu kelulusan pengambilan pegawai lain," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra beliau bersama warga PPD Baling di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pada Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan persetujuan agar daerah Sik mempunyai PPD sendiri memandangkan 32 sekolah di Sik yang mempunyai urusan berkaitan terpaksa ke PPD Baling di Batu 42 Mukim Pulai dengan perlu mengambil masa sekitar 45 minit.
Sumber : Utusan