SHEIKH FADZIL MUFTI BAHARU KEDAH



21sheikh
ALOR SETAR 21 Julai - Tokoh agama negeri ini, Datuk Syeikh Fadzil Awang dilan­tik sebagai mufti baharu Kedah yang berkuat kuasa, 19 Ju­lai lepas sebagai menggantikan Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah berkata, Fad­zil, 68, merupakan calon yang sesuai untuk jawatan berke­naan bagi meng­­gantikan Mu­hamad Baderudin yang tamat kontrak selepas berkhidmat dengan penuh komitmen sejak 2009 hingga 2017.
“Saya ingin ucapkan seting­gi-tinggi tahniah kepada Syeikh Fadzil yang mendapat perkenan daripada pihak Sultan Kedah untuk dilantik sebagai mufti yang baharu berkuat kuasa 19 Julai lepas.
“Setinggi-tinggi penghar­ga­an juga kepada Syeikh Muhamad Baderudin yang berkhidmat dengan penuh kecemerlangan dalam mengangkat martabat agama Islam di negeri Kedah ke tahap yang ada pada hari ini,” katanya di sini hari ini.
Fadzil yang dilahirkan pada 18 Jun 1949 di Kampung Pida 7, Jalan Sanglang, Kodiang menerima pendidikan awal di Pondok Pasir Tumbuh, Ke­lantan dan Sekolah Agama Po­kok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Tafsir dan Ulum Al-Quran.
Tokoh Dakwah Kedah 2005 ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidikan Islam Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 1981 hingga 1984 sebelum bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1984 hingga 2005.
Beliau pernah dilan­tik sebagai Ahli Jawatankuasa Fat­wa Kedah, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Ahli Lembaga Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji/Jakim.
Sumber : Utusan