JKM BALING SEDANG SIASAT GAMBAR TULAR



5jkm
BALING 5 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling sedang menyiasat gambar sebuah rumah usang yang ditularkan di media sosial sejak kelmarin.
Gambar yang ditularkan individu terbabit bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar rumah dalam gambar tersebut.
Pegawai JKM daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi memastikan rumah berkenaan berpenghuni atau sebaliknya.
“Jika hasil siasatan mendapati terdapat penghuni yang memerlukan, JKM akan memberikan bantuan sewajarnya,” katanya di sini, semalam
Menurutnya, masyarakat diminta tampil menyalurkan maklumat berkaitan kemiskinan kepada penghulu, JKM atau Pejabat Daerah Baling.
“Kita minta siapa sahaja yang ada maklumat salurkan kepada agensi berwajib, bukan dengan bertindak tular seperti ini,” katanya.
Sumber : Sinar