KEDAH CUTI GANTI 25 APRIL



12kedah
ALOR SETAR 12 April - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan 25 April ini sebagai hari kelepasan am gantian.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan itu berikutan pertindihan cuti sambutan Israk dan Mikraj dengan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang juga hari kelepasan am tambahan pada 24 April nanti.
“Berikutan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi cuti ganti pada 25 April,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Oleh : Nurazlina Jamaluddin
Sumber : Utusan