MENTERI BESAR, EXCO TANDANTANGANI IBR



16menteri
ALOR SETAR 16 Februari - Kerajaan negeri hari ini meletakkan komitmen tertinggi bagi menjaga integriti dalam pentadbirannya dengan menjadi negeri kedua yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) selepas Sarawak.
Diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, majlis pembacaan dan tandatatangan ikrar tersebut turut disertai sembilan exco serta tiga ex-officio terdiri daripada Pegawai Kewangan, Datuk Mohd. Fuzi Mohaidin, Penasihat Undang-Undang, Datuk Nor Azura Mohamed Zohdi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.
Majlis tersebut yang berlangsung di Wisma Darul Aman disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.
IBR merupakan satu inisiatif diperkenalkan SPRM yang menekankan kepada ikrar dan janji bagi menghindarkan gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.
Oleh : Mohd. Rafie Azimi
Sumber : Utusan